Saturday 29 December 2012


PANDUAN DAN TEKNIK MEMBINA AYAT

1. Markah diperuntukkan antara 10 – 12 markah. Markah setiap ayat antara 1 ½ - 2.

2. Pasangan kata biasanya markah penuh 3.

3. Lazimnya terdapat 3 arahan:

membina satu ayat bagi setiap kata yang ditanya bagi menunjukkan pelajar faham makna kata tersebut. Contoh: junjung, pikul, jinjing, kepit, atau;

membina dua ayat daripada sepasang kata yang disediakan bagi menunjukkan

perbezaan maksudnya. Contoh: bekal – bekam, lebam – lemah dll, atau;

membina dua ayat bagi setiap kata untuk menunjukkan perbezaan maksudnya. Contoh: haus, pokok, batu.

4. Gunakan ayat yang gramatis (tiada sebarang kesalahan tatabahasa). Setiap kesalahan tatabahasa ditolak ½ markah.

5. Gunakan ayat yang sesuai di peringkat SPM. Dicadangkan ayat yang sesuai:

6. Peraturan yang perlu dipatuhi:

Jangan tambah imbuhan pada kata yang diuji.

Jangan gandakan kata yang diuji.

Jangan gunakan kata diuji sebagai simpulan bahasa atau kiasan.

Jangan jadikan kata yang diuji sebagai nama khas.

7. Bentuk soalan lazimnya boleh dibahagi kepada 12 jenis. iaitu membina ayat daripada:

kata ganda. Contoh: baring-baring, sesiku, kumat-kamit, keanak-anakan.

kata yang hampir sama makna. Contoh: menebas, memotong, mencantas

kata dan kata berimbuhan. Contoh: korban, berkorban, terkorban.

pasangan kata dan kata ganda. Contoh: tua – tua-tua, bulat – bulat-bulat.

kata homograf. Contoh: perang, rendang, semak.

kata berimbuhan. Contoh: menerbangksn – diterbangkan.

pasangan kata ganda dan kata majmuk. Contoh: pahit-pahit – pahit manis.

pasangan kata dan kata ganda. Contoh: kecil – kecil-kecilan.

pasangan kata dan kata majmuk. Contoh: suku – suku sakat

pasangan kata ganda dan kata berimbuhan. Contoh: tegak-tegak – menegakkan.

pasangan kata yang berbeza maknanya. Contoh: cocok – cucuk.

kata banyak makna. Contoh: hangat, haus, cetek.

 

8. Langkah-langkah membina dan menulis ayat yang dicadangkan:

Baca dan fahami kehendak soalan sama ada perlu menulis satu ayat atau 2 ayat.

Membina ayat daripada kata diuji.

Semak semula ayat dan baiki sebarang kesalahan atau kelemahan.

Tulis semula ayat berkenaan dengan kemas.

9. Aspek-aspek yang perlu diambilkira dalam membina ayat dalam pasangan kata:

Jika buat 1 ayat sahaja dan betul, markah diberi 1 sahaja.

Jika bina lebih daripada 1 ayat dan 1 ayat itu betul penggunaanya, tolak ½ markah

Ayat yang dibina seolah-olah satu ayat tetapi dengan adanya tanda (,) ayat dengan sendirinya menjadi 2 ayat. Markah diberi 0. Contoh: Meragamkan.

Ramai peragawati dari negara Erpkah melancong ke Malaysia, di samping itu mereka juga meragamkan pakaian.

10. Aspek-aspek lain yang perlu diambilkira dalam membina ayat:

Tiada markah bagi ayat yang tidak lojik atau tidak menunjukkan pemahamn calon.

Contoh: Saya tidak tahu membuat ayat daripada perkataan anggun.

Tiada markah bagi calon yang sengaja meninggalkan imbuhan pada perkataan yang diuji.

Jika menggunakan cakap ajuk, hendaklah lengkap dengan tanda-tanda baca. Contoh: "Arwah ayah kau pernah berpesan kepada emak supaya tidak mensia-siakan pelajaran kau," kata ibunya dengan suara tersekat-sekat.

Jika soalan memerlukan perbezaan makna sedangkan calon menulis kedua-dua ayat dengan makna yang sama, tiada markah diberi. Contoh: menurun.

Warna bajunya telah menurun setelah direndam beberapa hari.

Baju yang berharga murah biasanya menurun warnanya.

11. Terdapat kecenderungan pelajar menggunakan perkataan yang berimbuhan sedangkan ayat berkenaan tidak memerlukannya. Cuba gunakan ayat:

larangan – usah, jangan

silaan – jemput, sila

permintaan – harap, tolong, minta.